Members and followers

magicptr.com

Sunday 14 August 2011

Djokovic lawan Fish di final Montreal

Pemain no. 1 dunia, novak Djokovic bakal berjumpa .dengan pemain no. 8 dunia, Mardy Fish di Final Rogers Cup.

Djokovic mara ke final apabila berjaya mengalahkan Jo-Wilfried Tsonga. Tsonga menarik diri daripada perlawanan akibat kecederaan lengan kanannya.
Mardy Fish pula berjaya mengalahkan Janko Tipsarevic 6-3, 6-4.
Hal yang tidak disangka-sangka berlaku apabila pemain no. 2 dan no. 4 dunia, Rafael Nadal dan Andy Murray terpaksa pulang awal selepas mengalami kekalahan pada pusingan pertama.

Ramalan dari Kelab Tenis UTeM :
Djokovic bakal menjuarai kejuaraan ini


Wednesday 10 August 2011

federer and nadal

forehand grip sudah, backhand grip sudah, topspin, kick serve, modern forehand vs old forehand, semua sudah cover in the previous posts. teori teori ini will later can be applied soon as the next semester is open. show them of in the court later in september. as for now, enjoy this video. 



 

and HAPPY RAMADHAN to all :)

Tuesday 9 August 2011

Forehand Moden VS forehand lama

Forehand berevolusi dari semasa ke semasa.
 forehand moden yang digunakan oleh professional zaman sekarang seperti Roger Federer, Rafael Nadal dan ramai lagi merupakan forehand yang paling sesuai digunakan sekarang.
 Hal ini kerana forehand ini dapat menghasilkan power, topspin dan ketepatan yang cukup tinggi.
perbezaan antara forehand moden dan forehand lama adalah :

PUSINGAN BAHU DAN FOLLOWTHROUGH YANG LENGKAP

Mari lihat kepada forehand lama, seperti gambar Stefan edberg dibawah


berbeza dengan forehand moden

nampak perbezaan followthrough?

Stefan Edberg menghabiskan followthrough di paras kepala manakala Roger Federer menghabiskannya hingga ke belakang.

dan tiada pusingan bahu yang dilakukan oleh Stefan Edberg berbanding Roger Federer yang memusingkan bahu.



Monday 8 August 2011

Topspin

Topspin shot dapat dihasilkan dengan menghayunkan raket ke atas semasa memukul bola, pukulan ke atas ini membuat bola berputar seperti ini :

apa yang dimaksudkan dengan menghayun raket ke atas?

ok, mari kita lihat player yang bermain secara topspin, Rafael Nadal



perhatikan dari gambar nombor 3 hingga nombor 5, Nadal menghayun raket dari bawah ke atas, ini yang dimaksudkan menghayun raket ke atas, cara ini dapat menghasilkan topspin. 

Kelebihan topspin

1)topspin shot akan menyebabkan bola melantun lebih tinggi daripada biasa,

2) pihak lawan terpaksa menggunakan tenaga yang lebih untuk menghantar kembali bola kerana apabila memukul bola topspin, mereka hendaklah membalikkan kembali putaran bola tersebut.

kelemahan Topspin

1) Bola akan melantun lebih dekat dan sukar untuk menghantar bola deep to baseline.

player yang gemar bermain topspin akan menggunakan samada semi-western atau full-western forehand grip, eastern forehand grip juga boleh menghasilkan topspin, akan tetapi semi-western dan full western lebih efektif dalam menghasilkan topspin.

Sunday 7 August 2011

Servis : Topspin atau kick serve

Kick serve digunakan supaya pihak lawan susah untuk return serve kerana kick serve mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Keistimewaan kick serve adalah bola melantun dengan lebih tinggi daripada biasa. Gambar dibawah adalah perbezaan antara flat serve dan kick serve.


biasanya pemain akan menjadikan kick serve sebagai second serve untuk mengelirukan pihak lawan.

   Untuk menjadikan servis lebih "kick", bola hendaklah di'toss'kan ke belakang badan sedikit, badan dibengkokkan dan impact point pun ke belakang sedikit.

Lihat perbezaan antara flat serve dan kick serve :

flat serve

Kick serve



nampak perbezaan?.. tidak?, lihat dengan lebih teliti.....

perhatikan gambar flat serve, tengok pada nombor 7, sentuhan bola dilakukan ketika bola berada didepan kepala sedikit.
 Manakala perhatikan gambar kick serve, tengok pada nombor 5, sentuhan bola dilakukan ketika bola berada di belakang kepala. dan badan pemain pula lebih bengkok ke belakang untuk mencapai bola.

lihat contoh ini pula :



lihat player tersebut, beliau toss bola kebelakang dan bengkokkan badan kebelakang untuk mencapai bola.

dan servis ini yang dinamakan KICK SERVE.

video kick serve :



Saturday 6 August 2011

Asas Tenis : Servis

Servis merupakan asas dalam tenis. kadang-kadang servis juga boleh digunakan sebagai senjata utama seorang pemain dalam tenis.
 sebagai contoh seorang pemain professional yang menggunakan servis sebagai satu kelebihan beliau adalah Goran Ivanisevic.

    Goran Ivanisevic seorang pemain tenis kidal croatia yang mempunyai servis yang laju dan padat. Pada tahun 1996, jumlah ACE yang dibuat oleh beliau adalah adalah sebanyak 1477.

ok let's get back to the topic.

servis ada 5 asas.

1)  Grip
kebiasaan grip yang digunakan semasa servis ialah continental grip,

2)  Set-up
starting leg position hendaklah betul, Toss bola tinggi dan bersedia untuk memukul bola tersebut. lihat gambar dibawah,
bengkokkan kaki supaya boleh lonjak dengan lebih tinggi, tujuannya adalah untuk mendapatkan impact point yang paling maksimum.
3) Impact point
capai bola setinggi yang boleh, lihat gambar di bawah.
Federer melonjak untuk mencapai bola setinggi yang boleh.
4) Hitting Zone
Hitting zone semasa servis dijalankan hendaklah tepat supaya boleh hasilkan servis yang kuat.

5)Recovery
selepas servis bola ke pihak lawan, pemain haruslah cepat bersedia untuk mengambil kembali hantaran,

Dibawah adalah video basic serve:

Thursday 4 August 2011

Brochure tenis untuk MHS Utem

brochure tenis untuk MHS telah siap, brochure ini bakal diedarkan pada mhs pada bulan 9 ini, brochure ini direka oleh salah seorang ahli kelab dan dengan persetujuan pengerusi Kelab Tenis Utem.

Bahagian depan brochure tersebut.

Bahagian belakang :
ringkas dan padat, khas untuk pelajar-pelajar Utem yang berminat menyertai Kelab Tenis Utem.

Asas Tenis : Backhand Grip

sekarang kite pergi ke grip yang kedua iaitu backhand grip.
 backhand grip ade byk jenis, antara yang paling popular adalah :

1)Eastern backhand grip
grip yang digunakan oleh kebanyakan single-backhander. eastern backhand grip memberikan kestabilan yg cukup baik pada pergelangan tangan.

dan begitu mudah bg seorang pemain untuk menukar dari eastern backhand grip kepada continental grip utk slice.
eastern backhand tidak begitu sesuai utk menyambut bola yg melantun tinggi, oleh sebab itu, topspinner merupakan musuh utama kepada eastern backhand player,

2) semi western backhand grip

yang membezakan antara semi western dan eastern adalah permukaan raket, semi-western lebih tertutup berbanding eastern.
 jadi, semi-western provide more topspin daripada eastern backhand grip. tetapi kelemahan grip ini adalah susah untuk mengawal bola rendah, kebanyakan baseliner yang gemar menggunakan grip ini.

3) Double backhand grip

double backhand menjadi pilihan kepada pemain yang ingin lebih power di backhand mereka,
 akan tetapi, double backhander tidak begitu selesa bermain di depan net kerana kebiasaannya double-backhander sudah biasa memusingkan bahu untuk mengambil bola.


jadi, pilihlah backhand grip yang paling sesuai, buat sikit eksperimen then make your backhand as your ultimate weapon on court.

diambil dan diolah dari tennis.com

Wednesday 3 August 2011

Asas Tenis : Forehand Grip

Ada banyak cara boleh digunakan untuk mencari grip. tetapi yang paling senang adalah menggunakan base knuckle sebagai rujukan.

grip boleh dikategorikan kepada 2 :

1) forehand grip
2) backhand grip

ada beberapa grip yang boleh digunakan semasa bermain. Lihat kepada forehand grip dulu.

Forehand grip ada beberapa jenis iaitu :

1) Continental Grip

Grip ini selalu digunakan semasa serve, volley, overhead, dan slice. Dan juga senang untuk memukul bola yang rendah.

seseorang pemain boleh memukul bola flat dan slice, tapi sangat susah untuk melakukan topspin dengan menggunakan grip ni.

2) Eastern Grip

grip ini merupakan grip yang paling asas dan senang dalam tenis. pemain boleh bermain secara flat atau topspin guna grip ni.
Dan kelebihan guna grip ini adalah senang untuk tukar dari grip ini kepada grip yg lain seperti continental semasa bermain berbanding western grip.
Akan tetapi, grip ini tidak sesuai kepada pemain yang bermain secara topspin keseluruhannya. lebih sesuai kepada pemain yang suka mara  kedepan net.

3) Semi-Western Grip


Semi-western grip adalah grip diantara eastern grip dan western grip. semi-western grip offer more topspin berbanding eastern grip. jadi, stroke and menjadi lebih control dan selamat. player yang bermain big swing akan rasa lebih selamat dengan menggunakan grip ini.
Akan tetapi, disebabkan muka raket yang agak tertutup menjadikan grip ini susah digunakan bagi mengambil bola rendah, dan agak susah untuk menukar grip ini kepada grip lain untuk bermain volley di depan net.

4)western Grip


grip paling advance antara grip2 yang lain. kelebihan grip ni adalah grip ini menjadikan shot lebih topspin. menjadikan bola melantun lebih tinggi dari biasa dan memaksa lawan berganjak ke belakang.
 kelemahan grip ini adalah susah untuk mengambil bola yang rendah, dan seperti semi western,
susah untuk tukar dari grip ini kepada grip yang lain menyebabkan player susah untuk mara ke depan net.

Jadi, apakah grip yang patut digunakan? sumenye bergantung kepada player itu sendiri. sekian terima kasih

Diambil dan diolah dari tennis.com

Blog untuk kelab tenis Utem

       Assalamualaikum kepada semua pembaca, akhirnya blog untuk Kelab Tenis Utem telah berjaya disiapkan, walaupun masih lagi dalam pembinaan, blog ini sedikit banyak dapat menceritakan perjalanan kelab kami.


        kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut aktiviti kelab ini, boleh la follow ya. jangan segan-segan. sekian, terima kasih.


      

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...