Members and followers

magicptr.com

Tuesday 11 October 2011

Pendaftaran ahli baru telah ditutup

Perhatian, pendaftaran ahli baru Kelab Tenis UTeM telah pun ditutup. Setakat ini, ahli baru kelab adalah sebanyak 28 orang termasuk lelaki dan perempuan. Terima kasih atas komitmen dan jasa anda semua :)

Sunday 9 October 2011

Peraturan tenis

1. Gelanggang Tenis

-Berbentuk segi 4 tepat
-Panjang 78 kaki
-lebar 27 kaki untuk single
-lebar 36 kaki untuk double


2. Score dalam game :

standard game :
0 point = love
first point = 15
second point = 30
third point = 40
fourth point = game

Sekiranya kedudukan 40-40, itu dinamakan sebagai deuce, lepas deuce, advantage akan diberikan kepada pemain yang mendapat mata selepas itu, dan untuk memenangi game tersebut, pemain haruslah memenangi 2 point secara berturut-turut.

tie-break game :

kiraan point bermula dari 0, 1, 2, 3 dan seterusnya. Pemain yang memenangi 7 point akan dikira pemenang. sekiranya 6-6, pemain akan bermain sehingga perbezaan 2 mata eg, 8-6, 10-8, 12-10.

3. Score dalam set :

Set Advantage :
i)Pemain yang berjaya memenangi 6 games akan dikira sebagai pemenang, sekiranya seri 5-5, pemain harus bermain sehingga terdapat perbezaan 2 game eg. 8-6, 10-8, 16-14.

Set Tie-Break :
i)Pemain yang berjaya memenangi 6 games akan dikira sebagai pemenang, sekiranya seri 5-5, pemain harus sambung permainan dengan tie-break game.

Untuk info selanjutnya, sila muat turun Rules Of Tennis ITF 2010 disini :

Muat Turun

Saturday 8 October 2011

Tweener

Tweener adalah satu teknik memukul bola di antara 2 kaki, skil ini banyak digunakan oleh pemain professional zaman sekarang.
















Video :





P/S : cuba belajar tweener dan gunakannya :D

Friday 7 October 2011

Apabila pemain tenis hilang kawalan

Sukan tenis merupakan sukan yang melibatkan mental dan fizikal, mental sangat susah untuk dikawal, sedangkan pemain professional juga hilang kawalan mental dan inilah tindakannya :





Yang paling dahsyat :


P/S : kawal mental anda semasa bermain tenis :)

Tuesday 4 October 2011

Training setiap hari jumaat untuk semua ahli kelab

Seperti yang telah dipersetujui dalam meeting yang lepas, training untuk semua ahli Kelab Tenis UTeM akan diadakan pada setiap hari jumaat.
Training akan bermula pada pukul 5 petang, diminta semua ahli kelab hadir pada hari dan waktu berikut, raket akan disediakan kepada sesiapa yang tidak mempunyai raket, kepada yang baru dalam sukan tenis, inilah peluang untuk anda belajar bermain tenis.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...