Members and followers

magicptr.com

Friday 30 September 2011

Windshield Wiper Forehand

Windshield wiper forehand adalah sejenis forehand yang banyak diguna-pakai oleh professional tennis sekarang.



Kenapa mesti menggunakan windshield wiper forehand?
forehand jenis ini memberikan konsistensi yang tinggi, menghasilkan topspin sementara mengekalkan power, menyebabkan kurang error yang dilakukan.


Contoh pemain professional yang menggunakan windshield wiper forehand :




 

credit to Fuzzyyellowballs

Pemilihan raket tenis untuk permulaan(Beginner)

       Untuk memilih raket tenis seseorang mesti mengambil kira aspek-aspek berikut :

 HEADSIZE :

-Headsize raket tenis pelbagai, dari sekecil 90 hingga 125 sq inch.

-Bagi seseorang yang biasa dengan permainan berasaskan raket lain seperti squasy, badminton, ping pong. Anda boleh bermula dengan raket 100sq inch, selepas anda mahir, anda boleh kekal dengan saiz itu atau anda boleh kurangkan lagi menjadi 95 atau 90 sq inch
 .
-Bagi seseorang yang tiada asas sukan, anda mestilah bermula dengan memakai raket yang mempunyai headsize lebih 100 sq inch atau lebih dikenali sebagai OVERSIZE racket.

-Kenapakah headsize memain peranan?
Jika anda seorang yang baru belajar(Beginner), chance untuk bola terkena frame atau tak kena langsung pada raket adalah sangat tinggi.
Semakin besar headsize, semakin besar sweetspot raket tersebut.

-Headsize juga memberi efek kepada power, headsize besar = lebih power, Oleh sebab itu, beginner harus bermula dengan raket headsize besar kerana teknik mereka tidak berkembang lagi.

GRIPSIZE :

-terdapat pelbagai ukuran grip dalam sukan tenis, sebagai contoh 4 1/4", 4 1/8", 4 3/8" dan sebagainya.

-Kebanyakan raket tenis yang dijual di Malaysia mempunyai gripsize berukuran 4 1/4" dan 4 3/8",

- Tidak perlu risau jika anda terbeli raket yang mempunyai gripsize kecil dari tangan anda, anda boleh besarkan gripsize dengan memasang overgrip.

-Cara mengukur gripsize adalah seperti berikut :

i) Ambil pembaris dan letakkan di tapak tangan,
ii) Ukur dari tapak tangan hingga ke hujung jari tengah
iii) contoh gambarajah :




-Berhati-hati dalam memilih gripsize kerana gripsize yang terlalu kecil atau terlalu besar boleh mengakibatkan "Tennis Elbow".

RACKET BALANCE :

Terdapat beberapa jenis keseimbangan raket :

1) Kepala berat
Berat raket itu lebih di kepala raket
2) Kepala ringan
Berat raket lebih kepada grip
3)Balance
berat antara kepala dan grip sama

Kesannya :
1) Kepala berat memberikan lebih power kerana beratnya berada di kepala raket tersebut, boleh diibaratkan seperti sledge hammer.
2) Kepala ringan pula lebih kepada control, raket jenis ini untuk seseorang yang sudah mempunyai teknik tersendiri dan boleh mengeluarkan power sendiri semasa memukul bola tanpa memerlukan pertolongan daripada raket.
3)Dari raket yang balance anda akan dapat power & control.

Untuk beginner : dapatkan 1 raket oversize yang berkepala berat adalah satu permulaan yang baik.

STRING PATTERN :

Terdapat 2 jenis string pattern yang paling popular :

1. 16x19             2. 18x20

Lebih string etc 18x20 ---> Lower power, less spin, more control
kurang string etc 16x19 ---> more power, more spin, less control

STRING TENSION :

more tension = less power, more control
less tension = more power, less control

TIPS :
1)Elakkan dari membeli raket yang sudah dipasang tali dan dispray stencil seperti yang terdapat di tesco, mall dan sebagainya. Hal ini kerana raket ini tiada kualiti, senang retak dan bengkok, dan sangat susah untuk seseorang untuk maju dalam permainan tenis jika menggunakan raket-raket seperti ini.

2) Mungkin raket-raket baru dipasaran sangat mahal ketika ini, rm500 untuk 1 raket, sangat mahal, jadi belilah raket :

raket musim lepas
syarikat yang membuat raket tenis seperti Wilson, Babolat, Head dan sebagainya akan mengeluarkan raket-raket yang baru dari semasa ke semasa, jadi, raket keluaran lepas akan mengalami penurunan harga, anda masih boleh beli raket seperti ini kerana murah dan sangat berkualiti.




Gambar yang pertama merupakan raket keluaran Wilson yang lama, wilson k-factor, manakala gambar yang kedua merupakan raket keluaran wilson yang terbaru, wilson BLX.

Beli raket terpakai berjenama yang masih elok
Beli raket terpakai lebih bagus daripada beli raket di pasaraya. Hal ini kerana raket terpakai berjenama masih berkualiti walaupun sudah dipakai, cuma terdapat sedikit kesan calar pada raket tersebut.

 Pinjam daripada kawan
Kadang-kadang ada sesetengah daripada kawan kita yang mempunyai raket berjenama lebih, jadi, tidak salah sekiranya kita pinjam sementara untuk menambah baik skil dan teknik kita.

diambil dan diolah dari tennis.my

Wednesday 28 September 2011

Drive Volley boleh jadi senjata utama dalam game?

Hari ini Kelab Tenis UTeM ingin memberikan info tentang drive volley. drive volley merupakan salah satu teknik yang boleh dijadikan senjata utama dalam tenis.

Bola dipukul dengan padu sebelum bola tersebut mencecah gelanggang, itulah yang dinamakan sebagai "Drive Volley", perhatikan video ini


Federer menggunakan drive volley untuk mendapatkan mata, drive volley boleh dijadikan sebagai salah satu senjata utama di dalam game jika dapat dilakukan dengan tepat.

Pemain wanita juga boleh melakukan drive volley

Drive volley yang dilakukan oleh Maria Kirilenko ini sangat menakjubkan.

Video di bawah ini pula merupakan tutorial untuk membuat drive volley


P/S : berlatih drive volley dan jadikan ia sebagai salah satu senjata anda :)

Tuesday 27 September 2011

Perjumpaan ahli kelab pada hari khamis ini

             Satu perjumpaan untuk semua ahli kelab akan diadakan pada  hari khamis, 29 september 2011.
Perjumpaan ini diadakan untuk membincangkan tentang perancangan aktiviti kelab dan secara tidak langsung dapat juga mengenali ahli-ahli kelab tenis yang baru.

       Perjumpaan ini akan diadakan di Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer(FKEKK).
Bilik kuliah akan diberitahu. Harap semua ahli-ahli kelab tidak kira samada baru atau lama dapat menghadiri ke perjumpaan ini.

Sebarang perubahan akan diberitahu dalam masa terdekat, jika ada apa-apa masalah sila hubungi AJK kelab.

Sekian, Terima Kasih.


     

Sunday 25 September 2011

Page baru : FORUM

Page forum direka bagi memudahkan ahli Kelab Tenis UTeM dan juga orang luar untuk mengajukan sebarang soalan berhubung Kelab Tenis UTeM dan perkara lain.

Harap dengan forum ini, setiap persoalan akan dapat dijawab. :)

Page baru : Muat Turun

Buat semua pembaca Blog Kelab Tenis UTeM, blog ini telah tambah 1 page baru iaitu page Muat Turun, sebarang "soft copy", ebook, borang yang boleh dimuat turun akan di update dalam page ini.

Saturday 24 September 2011

Blog Kelab Tenis UTeM tukar header baru.

Blog Kelab Tenis UTeM telah tukar header yang baru.
Header blog ini akan ditukar ganti dari semasa ke semasa, pasti bosan jika menggunakan header yang sama sahaja.

kepada pembaca blog ini,
Ini adalah blog header tenis yang terbaru, tema : Techno, hope you guys like it.

Friday 23 September 2011

Selamat datang pemain baru

Kelab Tenis UTeM ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pemain-pemain baru yang telah mendaftar.


Banyak aktiviti bakal menyusul selepas ini seperti perlawanan persahabatan, perlawanan antara pemain dan sebagainya. Perkara ini akan kami update dari semasa ke semasa.
Buat masa ini, Jika ada masa lapang, mari sertai kami di Gelanggang Tenis UTeM.

Pendaftaran masih dibuka, kepada sesiapa yang berminat, boleh daftar di blog ini.

Thursday 22 September 2011

Taktikal : Serve And Volley

              Serve and volley merupakan satu taktikal tenis klasik yang diguna pakai oleh pemain-pemain legenda seperti Pete Sampras, John McEnroe dan ramai lagi. Serve and volley merupakan satu taktikal di mana seorang pemain akan mara kedepan net selepas servis untuk voli.

              Objektif utama taktikal ini adalah untuk memberikan tekanan kepada pihak lawan dan untuk menghabiskan mata dengan cepat dan berkesan.


Taktikal ini sangat berguna di grass court kerana lantunan bola yang laju dan rendah berbanding clay court.

Untuk menjadikan taktikal ini berkesan, pemain tersebut haruslah mempunyai satu servis yang cukup hebat dan dahsyat supaya pihak lawan tidak dapat membuat return dengan baik. Di sinilah peluang untuk bermain voli diambil oleh server.

Akan tetapi, taktikal ini tidak begitu diguna pakai oleh pemain-pemain moden seperti Djokovic, Nadal dan lain-lain.

Saturday 10 September 2011

Pencarian Ahli Kelab Tenis UTeM Baru

    Kelab Tenis UTeM baru setahun ditubuhkan. Bilangan ahli pun tidak begitu ramai, jadi, Kelab Tenis UTeM  mencari ahli-ahli kelab yang baru untuk mengembangkan lagi kelab ini.

     Sem baru bakal bermula tidak lama lagi. Kami ingin mengucapkan Selamat Datang ke UTeM kepada semua pelajar yang baru mendaftar. Kepada pelajar-pelajar yang lama, kami mengucapkan selamat menyambung pengajian di UTeM, semoga berjaya dengan lebih cemerlang pada sem akan datang nanti.

     Kelab Tenis UTeM mengalukan-alukan kepada pelajar-pelajar baru dan juga pelajar lama untuk menyertai kelab ini.

Kami tidak kisah jika :
1) Anda baru hendak belajar main tenis.
2)Anda tiada peralatan tenis.
3)Anda kosong tentang tenis.

Yang penting adalah MINAT dan KESUNGGUHAN

Banyak aktiviti yang bakal diadakan pada sem akan datang dan melibatkan semua pemain tenis. Tidak perlu malu dan segan.

SERTAI KAMI SEKARANG !



Boleh daftar di blog ini, di tab Borang pendaftaran.Kami akan hubungi anda dalam masa terdekat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...