Members and followers

magicptr.com

Friday 30 September 2011

Pemilihan raket tenis untuk permulaan(Beginner)

       Untuk memilih raket tenis seseorang mesti mengambil kira aspek-aspek berikut :

 HEADSIZE :

-Headsize raket tenis pelbagai, dari sekecil 90 hingga 125 sq inch.

-Bagi seseorang yang biasa dengan permainan berasaskan raket lain seperti squasy, badminton, ping pong. Anda boleh bermula dengan raket 100sq inch, selepas anda mahir, anda boleh kekal dengan saiz itu atau anda boleh kurangkan lagi menjadi 95 atau 90 sq inch
 .
-Bagi seseorang yang tiada asas sukan, anda mestilah bermula dengan memakai raket yang mempunyai headsize lebih 100 sq inch atau lebih dikenali sebagai OVERSIZE racket.

-Kenapakah headsize memain peranan?
Jika anda seorang yang baru belajar(Beginner), chance untuk bola terkena frame atau tak kena langsung pada raket adalah sangat tinggi.
Semakin besar headsize, semakin besar sweetspot raket tersebut.

-Headsize juga memberi efek kepada power, headsize besar = lebih power, Oleh sebab itu, beginner harus bermula dengan raket headsize besar kerana teknik mereka tidak berkembang lagi.

GRIPSIZE :

-terdapat pelbagai ukuran grip dalam sukan tenis, sebagai contoh 4 1/4", 4 1/8", 4 3/8" dan sebagainya.

-Kebanyakan raket tenis yang dijual di Malaysia mempunyai gripsize berukuran 4 1/4" dan 4 3/8",

- Tidak perlu risau jika anda terbeli raket yang mempunyai gripsize kecil dari tangan anda, anda boleh besarkan gripsize dengan memasang overgrip.

-Cara mengukur gripsize adalah seperti berikut :

i) Ambil pembaris dan letakkan di tapak tangan,
ii) Ukur dari tapak tangan hingga ke hujung jari tengah
iii) contoh gambarajah :




-Berhati-hati dalam memilih gripsize kerana gripsize yang terlalu kecil atau terlalu besar boleh mengakibatkan "Tennis Elbow".

RACKET BALANCE :

Terdapat beberapa jenis keseimbangan raket :

1) Kepala berat
Berat raket itu lebih di kepala raket
2) Kepala ringan
Berat raket lebih kepada grip
3)Balance
berat antara kepala dan grip sama

Kesannya :
1) Kepala berat memberikan lebih power kerana beratnya berada di kepala raket tersebut, boleh diibaratkan seperti sledge hammer.
2) Kepala ringan pula lebih kepada control, raket jenis ini untuk seseorang yang sudah mempunyai teknik tersendiri dan boleh mengeluarkan power sendiri semasa memukul bola tanpa memerlukan pertolongan daripada raket.
3)Dari raket yang balance anda akan dapat power & control.

Untuk beginner : dapatkan 1 raket oversize yang berkepala berat adalah satu permulaan yang baik.

STRING PATTERN :

Terdapat 2 jenis string pattern yang paling popular :

1. 16x19             2. 18x20

Lebih string etc 18x20 ---> Lower power, less spin, more control
kurang string etc 16x19 ---> more power, more spin, less control

STRING TENSION :

more tension = less power, more control
less tension = more power, less control

TIPS :
1)Elakkan dari membeli raket yang sudah dipasang tali dan dispray stencil seperti yang terdapat di tesco, mall dan sebagainya. Hal ini kerana raket ini tiada kualiti, senang retak dan bengkok, dan sangat susah untuk seseorang untuk maju dalam permainan tenis jika menggunakan raket-raket seperti ini.

2) Mungkin raket-raket baru dipasaran sangat mahal ketika ini, rm500 untuk 1 raket, sangat mahal, jadi belilah raket :

raket musim lepas
syarikat yang membuat raket tenis seperti Wilson, Babolat, Head dan sebagainya akan mengeluarkan raket-raket yang baru dari semasa ke semasa, jadi, raket keluaran lepas akan mengalami penurunan harga, anda masih boleh beli raket seperti ini kerana murah dan sangat berkualiti.




Gambar yang pertama merupakan raket keluaran Wilson yang lama, wilson k-factor, manakala gambar yang kedua merupakan raket keluaran wilson yang terbaru, wilson BLX.

Beli raket terpakai berjenama yang masih elok
Beli raket terpakai lebih bagus daripada beli raket di pasaraya. Hal ini kerana raket terpakai berjenama masih berkualiti walaupun sudah dipakai, cuma terdapat sedikit kesan calar pada raket tersebut.

 Pinjam daripada kawan
Kadang-kadang ada sesetengah daripada kawan kita yang mempunyai raket berjenama lebih, jadi, tidak salah sekiranya kita pinjam sementara untuk menambah baik skil dan teknik kita.

diambil dan diolah dari tennis.my

No comments:

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...