Members and followers

magicptr.com

Wednesday 3 August 2011

Asas Tenis : Forehand Grip

Ada banyak cara boleh digunakan untuk mencari grip. tetapi yang paling senang adalah menggunakan base knuckle sebagai rujukan.

grip boleh dikategorikan kepada 2 :

1) forehand grip
2) backhand grip

ada beberapa grip yang boleh digunakan semasa bermain. Lihat kepada forehand grip dulu.

Forehand grip ada beberapa jenis iaitu :

1) Continental Grip

Grip ini selalu digunakan semasa serve, volley, overhead, dan slice. Dan juga senang untuk memukul bola yang rendah.

seseorang pemain boleh memukul bola flat dan slice, tapi sangat susah untuk melakukan topspin dengan menggunakan grip ni.

2) Eastern Grip

grip ini merupakan grip yang paling asas dan senang dalam tenis. pemain boleh bermain secara flat atau topspin guna grip ni.
Dan kelebihan guna grip ini adalah senang untuk tukar dari grip ini kepada grip yg lain seperti continental semasa bermain berbanding western grip.
Akan tetapi, grip ini tidak sesuai kepada pemain yang bermain secara topspin keseluruhannya. lebih sesuai kepada pemain yang suka mara  kedepan net.

3) Semi-Western Grip


Semi-western grip adalah grip diantara eastern grip dan western grip. semi-western grip offer more topspin berbanding eastern grip. jadi, stroke and menjadi lebih control dan selamat. player yang bermain big swing akan rasa lebih selamat dengan menggunakan grip ini.
Akan tetapi, disebabkan muka raket yang agak tertutup menjadikan grip ini susah digunakan bagi mengambil bola rendah, dan agak susah untuk menukar grip ini kepada grip lain untuk bermain volley di depan net.

4)western Grip


grip paling advance antara grip2 yang lain. kelebihan grip ni adalah grip ini menjadikan shot lebih topspin. menjadikan bola melantun lebih tinggi dari biasa dan memaksa lawan berganjak ke belakang.
 kelemahan grip ini adalah susah untuk mengambil bola yang rendah, dan seperti semi western,
susah untuk tukar dari grip ini kepada grip yang lain menyebabkan player susah untuk mara ke depan net.

Jadi, apakah grip yang patut digunakan? sumenye bergantung kepada player itu sendiri. sekian terima kasih

Diambil dan diolah dari tennis.com

No comments:

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...